top of page

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Adalah menjadi dasar jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk secara berterusan mempertingkatkan kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan kesihatan kakitangan disamping mereka yang berkaitan.

​

Pihak pengurusan dan kakitangannya akan sama-sama berusaha untuk mencegah sebarang potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang kemungkinan kecerderaan dan penyakit dari insiden yang berlaku ditempat kerja.

 

Komited untuk:

  • Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta sihat dari sebarang hazad dan risiko;

  • Mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

  • Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk mempastikan ianya tersebut tidak berulang lagi;

  • Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-lain keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan;dan

  • Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garispanduan-garispanduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikalangan pekerjanya di seluruh negara.

 

Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan.

JKKP​

KOLEJ MARA SEREMBAN

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA KOLEJ MARA SEREMBAN
 

HUBUNGI: 06-7622373
E MAIL : JKKPKMSEREMBAN@KMSEREMBAN.EDU.MY

© 2018 by JK KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJA KMS

Thanks! Message sent.

bottom of page